MISI

Ahad, 13 September 2009

Akan Di Jalankan : Qiam & Tazkirah Subuh


Qiamulail dan tazkirah subuh
Tempat: Surau Kampung Ketapang Tengah, Pekan
16 SePtember 2009 (RABU)
4.00 Pagi - 7.00 Pagi
Turut di jalankan Pelancaran Dana Misi Amal & Kebajikan

Tazkirah & Qiamulail: Surau Perumahan Balok Jaya 2

Poster Qiamulai dan Tazkirah Subuh

Ahli jemaah kusyuk mendengar tazkirah dari ketua Deligasi Misi Amal & Kebajikan Borneo
(Ust. Akwan Afandi Bin Zulkifli)
Di samping tazkirah terdapat juga perbentangan isu Kristinisasi di bumi Borneo yang membelengu masyarakat pendalaman Sabah dan Sarawak
Di

Rabu, 26 Ogos 2009

Tazkirah Subuh Misi AMAL ke Sabah di Masjid Al-Hidayah

28 September 2008, P.Jaya (AMAL) - Bulan Ramadhan adalah bulan untuk ummat islam berlumba-lumba membuat kebajikan dan amal soleh. Masyarakat di Kelana Jaya tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan untuk ummat Islam di kawasan pendalaman di Sabah yang kurang mendapat perhatian dari masyarakat luar. Hasil usaha Misi Dakwah ke Sabah oleh Ustaz Akhwan Afandi dan sahabat-sahabat dari Yayasan Amal Malaysia (AMAL) adalah tidak sia-sia. Dan ada usaha menjelaskan keadaan kehidupan khususnya ummat Islam di Sabah kepada masyarakat di Lembah Klang maka secara tidak langsung keinginan untuk membantu jelas kelihatan pada wajah masyarakat di sini.

Ustaz Akhwan telah memberikan tazkirah kuliah subuh di Masjid Al-Hidayah, SS3 Kelana Jaya atas jemputan pihak masjid melalui Sdr Azri, maka ramai jamaah masjid berpuashati dengan penjelasan serta pendedahan yang di buat oleh Ustaz Akhwan. Dengan bantuan tayangan multimedia jelas membuktikan usaha murni oleh delegasi AMAL ke Sabah adalah ikhlas untuk mambantu ummat Islam yang dhaif di sana. Menurut Ustaz Akhwan, ummat Islam di Sabah sangat memerlukan dakwah Islam bagi membolehkan mereka mempraktikkan serta melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Allah swt.


Di samping itu, Tuan Hj Jamil serta Puan Hjh Puspa dari Kelana Jaya telah menyampaikan beberapa kotak besar berisi pakaian baru serta telekong untuk di sumbangkan kepada ummat Islam di Sabah. Pihak yang prihatin ini juga menyumbanagkan beberapa jumlah wang untuk tujuan tersebut. Semoga usaha serta keprihatinan tersebut dapat mengurangkan kedhaifan yang wujud di sana.

Ahad, 23 Ogos 2009

Misi Amal Sempena Aidiladha

Misi AMAL Qorban Ke Kawasan Pendalaman Sabah sempena Aidiladha 1428 H


1. Rombongan anggota AMAL tiba bersama sumbangan org ramai di LCCT Kota Kinabalu.
2. Ucapan daripada wakil AMAL Selangor semasa Sambutan AidilAdha di Surau Kg Nunuk Ragang, Ranau.

3. Pemberian sumbangan tafsir untuk Surau Kg Tompias.


4.Sumbangan A-quran dan muqaddam kepada penduduk Kg. Nunuk Ragang.

5. Bergambar bersama banner Qurban Amal 2007 Yayasan Amal Malaysia caw. Sabah.

6.Gotong-royong memasak Sup tulang versi Kg. Nunuk Ragang.

7. Bergambar bersama-sama dengan sebahagian daripada penduduk Kg Nunuk Ragang yg beragama Islam.

8. Surau An-najah Kg Nunuk Ragang yg serba kekurangan


9. Berkemas-kemas selepas selesai gotong-royong sempena sembelihan qorban di Surau Nunuk Ragang, Ranau.


Anak kepada Pengerusi Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) yang sama tarikh lahirnya dengan Ust Akhwan dan juga dinamakan dengan nama Ust Akhwan. Sejarah kelahirannya menjadi nostalgia antara penduduk Kg Luanti dengan kehadiran Ust Akhwan di kampung mereka.


En Jefrin merupakan Pengerusi Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Penginatan, bergambar dengan Ustaz Akhwan & Ust Ansori di Sg Moroli.


Peluang untuk berehat bersama ikan kelah yang manja lagi jinak di Sg Moroli yang di tagal, Banyak sungguh ikan di sini , makan di tapak tangan sahaja.

Bergambar bersama Ust Ansori di hadapan Masjid Al AMAL yang sedang dalam pembaikan.


Meninjau keadaan bangunan yang uzur bersama tapak tanahnya yang dicadangkan untuk dijadikan Pusat Pendidikan Agama Kg Luanti Baru. Sumbangan amat diperlukan bagi membangunkan semula bangunan tersebut. Anggaran perbelanjaannya menjangkau RM80,000


Untuk keterangan lanjut sila hubungi 013- 984 0474